SuRyATi HoMeStay KunDasanG



Kami menyediakan penginapan yang selesa dan caj bayaran yang berpatutan kepada para pelancong yang ingin merasai sendiri pengalaman bermalam di Kundasang Ranau terutamanya ditempat penginapan kami.



Pakej Perkhidmatan yang disediakan


1.Sewa Pajak /hari

2.Sewa Bilik /hari ( Setiap bilik kadar sewaan adalah berbeza )

  

 Lokasi Suryati Homestay cuma 1.2km daripada Pekan Kundasang.



Menjanjikan pemandangan gunung kinabalu yang menarik tidak kira siang dan malam kecuali ketika cuaca mendung. 

 Ruang Tamu atas

Ruang tamu Bawah

Suryati Homestay dilengkapi dengan  4 bilik bertandas dan 1 bilik tidak bertandas .

Bilik No 5 

Bilik No 6 

 Bilik No 7

 Bilik No 8

Bilik No 3 

Antara Kemudahan Lain Yang Disediakan :


* Setiap tandas dilengkapi dengan alat pemanas air (water heater).

*Ruang BBQ / Alat pemanggang (grill) - Percuma.

*Dapur / peralatan untuk memasak lengkap serta pinggan dan gelas  - Percuma.

*Tambahan Tilam/Selimut/Bantal - Caj dikenakan (sewaan harga yang berpatutan).

*Tempat meletak kenderaan - Ada

= Penghawa Dingin (Air cond) tidak disediakan =

Waktu Check In : 3.00pm  /  Waktu Checkout : 12.00pm
( Waktu check in dan checkout boleh dirunding mengikut kesesuaian tetamu jika terdapat kemudahan )


Untuk sebarang maklumat & tempahan Sila..


0148665551, 0105816602, 0128632705

Tuesday, January 11, 2011

Perkhidmatan Homestay dihentikan buat sementara waktu..

Pengumuman penting buat pelanggan Suryati Homestay yang kami hargai.. 
Bermula daripada 15hb Januari 2011.. Perkhidmatan Suryati Homestay akan di berhentikan buat sementara waktu sehingga suatu tempoh yang akan diberitahu kemudian.. Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.. 
Sehubungan dengan itu Bagi pihak Suryati Homestay, saya ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi Penghargaan kepada semua pelanggan-pelanggan Suryati homestay kerana sudi memberi sokongan kepada Suryati Homestay selama ini.. 
Kami juga ingin meminta maaf kerana terlewat memaklumkan kepada semua berkenaan dengan pemberhentian perkhidmatan sementara ini. Kepada Pelanggan yang telah menghubungi kami untuk membuat penempahan.. Maaf atas segala kesulitan yang terpaksa dihadapi....


1 comment:

Sabahan People said...

WOW... Xda pa, semoga segala kesulitan dapat diatasi dan operasi bermula cepat..